Pages

Followers


Please click here to view all available item


Follow us:

Monday, January 26, 2015

TIPS PENJAGAAN BAYI BARU LAHIR




1.Cuci pakaian yang baru dibeli atau yang lama untuk mengelakkan kuman/bakteria kerana kulit bayi yang baru lahir amat sensitif.

2.Mandikan bayi anda dengan air suam untuk mengelakkan bayi sejuk dada.

3.Selepas mandi lapkan tali pusat bayi hingga kering kemudian disapu dengan ubat yang diberikan doktor.

4.Kemudian sapukan minyak telon/gamat ke perut, ari-ari , betis, belakang dan tapak kaki bayi kerana minyak ini boleh menghangatkan bayi selepas mandi dan mengelakkan dari bayi kembung.

5.Pakaikan barut bayi ikat dengan kemas jangan terlalu ketat kerana boleh menyebabkan perut bayi sakit.

6.Bagi ibu-ibu yang memakaikan bayi dengan lampin pakai buang, hendaklah sentiasa peka dan menukar lampin pakai buang bayi tersebut. Jangan biarkan bayi anda memakai lampin yang basah kerana ia boleh merengsa atau terjadinya ruam lampin.

7.Selepas itu, pakaikan pakaian kepada bayi anda. Jangan biarkan bayi dalam kesejukan.

8.Rebus/rendam botol susu bayi anda ke dalam air panas untuk mematikan kuman/bakteria yang terdapat di botol tersebut.

9.Puting botol susu bayi hendaklah sentiasa digantikan selalu untuk mengelakkan bayi terkena ulser mulut.

Kenapa bayi perlu dibedung?
~supaya bayi tak terperanjat masa tidur(terperanjat dari bunyi bising dalam & luar rumah)
~supaya bayi nyenyak tido..
~supaya bayi rasa selamat..(baby akan rasa cam dalam perut kalau kita bedung dia..)
~supaya bayi tak sejuk
~supaya bayi tak cakar or gosok2 muka dengan tangan...

Cuma orang tua-tua saja kata ..."kalau tak dibedung budak nya, nanti dah besar jalan kengkang"...sejauh kebenarannya wallahua'alam.

Pantang larang orang tua-tua, teknik dan kaedah menjaga bayi baru lahir oleh orang tua-tua banyak kebaikkannya. lagi pun tidak bertentangan dengan syariat Islam pun. Kenapa bayi perlu dibedung masa kecik? Terutama lepas mandi dan nak tidur?

Bila bayi dibedung, mereka akan rasa seseolah dipeluk, rasa panas dan selesa. Jadi mereka akan tidur lena. Bayi yang tidak dibedung kerap terjaga tidurnya dan selalu terkejut-kejut waktu tidor. 

Buat bakal-bakal ibu yang melahirkan atau sesiapa yang ingin menghadiahkan bedung comel kepada mereka yang tersayang sila dapati di sini : bit.ly/Carters_Baby_Swaddle_Baby_Blanket
Sharing is caring! ^-^

No comments:

Post a Comment